SYARAT PERMOHONAN BANTUAN INDUSTRI TERNAKAN 2026
1. Projek sedang dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang
2. Telah berdaftar dengan Jabatan sekurang-kurangnya 1 tahun (ID Premis)
3. Menjalankan bidang penternakan secara sepenuh atau separuh masa
4. Pemohon yang telah menerima bantuan adalah tidak layak menerima bantuan yang sama dalam tempoh tiga (3) tahun
5. Tapak projek mempunyai jarak yang bersesuaian daripada kediaman awam bagi bidang penternakan
6. Pemohon yang mengusahakan bidang ternakan / perniagaan di atas tanah / premis sendiri hendaklah mengemukakan salinan geran tanah. Bagi pemohon yang mengusahakan bidang ternakan / perniagaan di atas tanah / premis sewa hendaklah mengemukakan salinan Perjanjian Sewaan. Bagi pemohon yang mengusahakan bidang ternakan / perniagaan di atas tanah / premis milikan bersama hendaklah mengemukakan Surat Kebenaran daripada semua penama bersama di dalam geran
7. Pemohon hendaklah mengemukakan lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi permohonan infrastruktur kandang ruminan, premis Industri Asas Ternakan (IATn) dan bantuan ternakan hidup ruminan
8. Jawatankuasa berhak untuk mempertimbangkan dan meluluskan permohonan bantuan yang difikirkan wajar mengikut situasi tertentu dan potensi projek
9. Setiap pemohon perlulah mengisi borang permohonan bantuan secara atas talian melalui sistem evetPg dengan lengkap berserta memuatnaik dokumen yang diperlukan.
10. Kelulusan permohonan boleh disemak melalui sistem eVetPg dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan
